Kami menawarkan servis buat website murah dan berpatutan untuk anda mempromosikan bisnes, produk & perkhidmatan yang anda usahakan. Kami bantu anda memiliki website agar bisnes & produk anda lebih dikenali secara online melalui medium internet.
Sejak dari tahun 2010 sehingga kini, kami telah menghasilkan pelbagai jenis laman web syarikat, sales page dan ecommerce dari pelbagai industri.
Kami merupakan website designer yang berpengalaman lebih 10 Tahun dalam menawarkan perkhidmatan Website Design dan Web Development. Kami bukan hanya sekadar membina laman web, tetapi kami mencipta sesuatu yang bernilai untuk perniagaan dan pelanggan anda.
Direka khas dengan memfokuskan kepada mendorong pelanggan membuat pembelian dengan kesan yang kuat melalui penyediaan maklumat terperinci tentang produk atau perkhidmatan, menonjolkan manfaatnya, menyertakan testimoni atau ulasan yang meyakinkan, dan dilengkapi dengan “Call to Action”.
Website syarikat/korporat merupakan laman web yang dibina secara professional dan mempunyai banyak halaman khas untuk memaparkan identiti syarikat, produk dan perkhidmatan syarikat kepada pelanggan, pemegang saham, dan pelabur dengan lebih meluas.
E-Commerce merupakan kedai online bagi bisnes owner yang menjalankan perniagaan produk (sama ada produk fizikal ataupun digital produk) untuk memaksimumkan jualan di internet dengan pasaran yang lebih meluas serta mudah diakses dari seluruh dunia memudahkan pelanggan membuat pembelian.
Menyokong semua pelayar utama dan akan berkelakuan sama pada Chrome, Safari, Mozilla, Opera dll.
Kami buat design layout website secara custom dan boleh memenuhi apa yang anda inginkan.
Website yang kami bina adalah website yang mesra tablet dan telefon pintar (Responsive).
Laman web yang mesra SEO untuk memudahkan disenaraikan pada enjin carian Google & Bing.
Theme yang direka dengan code dan script yang ringan untuk loading laman web yang pantas.
Video tutorial cara menguruskan website serta bimbingan selama 30 hari selepas website siap.
Kos harga buat website di Malaysia tidak ada harga tetap dan harga adalah bergantung kepada faktor-faktor seperti kerumitan website, ciri-ciri yang yang dikehendaki, reka bentuk, dan kepakaran pasukan pembangunanan laman web.
Harga bermula dari RM900 hingga RM5,000 atau lebih. Harga ini bergantung kepada spesifikasi laman web yang hendak dibangunkan. Harga akhir biasanya ditentukan selepas perbincangan terperinci.
Perbincangan terperinci boleh dibuat menerusi WhatsApp, Zoom atau pun berbincang di pejabat kami.
Ya, terdapat kos berterusan yang berkaitan dengan penyelenggaraan website (website maintenance), pendaftaran domain dan hosting. Penyelenggaraan website sangat penting untuk memastikan laman web sentiasa berfungsi dengan baik.
Selain itu, jika anda mempunyai website jenis E-Commerce, mungkin terdapat yuran tahunan plugin premium, yuran transaksi dan caj gerbang pembayaran. Untuk soalan lebih lanjut, sila hubungi kami untuk kami bantu anda.
Setiap laman web memerlukan tempoh yang berbeza untuk disiapkan. Tempoh ini bergantung kepada jenis laman web dan spesifikasi yang diperlukan. Biasanya, dari 2 minggu hingga 3 minggu selepas pembayaran deposit
Walau bagaimanapun, tempoh ini juga bergantung kepada bahan-bahan yang disediakan oleh pihak Client. Kerjasama antara kedua belah pihak amat penting.
Ya. Sebelum kerja-kerja website bermula, anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak 50% terlebih dahulu sebagai tanda setuju. Baki 50% lagi boleh dijelaskan selepas website siap. Kami hanya akan berikan maklumat akses website selepas baki bayaran dijelaskan.
Anda boleh menghubungi pasukan kami untuk mendapatkan sebut harga secara percuma. Kami akan mengadakan sesi soal selidik ringkas untuk memahami dengan lebih baik spesifikasi website yang anda inginkan.
Ya, pastinya. Kami akan menyediakan anda dengan semua maklumat akses, termasuk login dan kata laluan, setelah pembinaan laman web selesai. Ini termasuk akses kepada akaun web hosting, cPanel, Plesk, pentadbir WordPress, dan webmail.
Ya, anda boleh mengemas kini kandungan di website anda sendiri. Setelah website anda siap, kami akan memberikan anda akses penuh dan video tutorial untuk menguruskan dan mengemaskini kandungan website anda sendiri tanpa memerlukan bantuan kami.
Sebagai agensi pembangunan laman web, kami memastikan bahawa laman web anda dibangunkan dengan amalan terbaik SEO (Search Engine Optimization). Walaubagaimanapun, kita tidak dapat memberi jaminan bahawa laman web anda akan muncul di halaman pertama Google. Kedudukan laman web di enjin carian bergantung kepada pelbagai faktor seperti kandungan, pesaing, dan algoritma carian Google yang berubah-ubah. Walau bagaimanapun, kami akan bekerjasama dengan anda untuk meningkatkan kedudukan laman web anda di enjin carian dengan strategi SEO yang sesuai.
Sebelum kita bermula, terdapat beberapa perkara yang perlu anda sediakan:
Ya. Kami akan sediakan video tutorial untuk menunjukan cara menguruskan dan mengemaskini kandungan website anda.
Untuk memilih syarikat pembangunan laman web yang sesuai dengan bajet anda adalah dengan lakukan penyelidikan menyeluruh. Bandingkan pelbagai syarikat berdasarkan portofolio, ulasan pelanggan, dan servis yang ditawarkan. Ingatlah bahawa tidak semestinya harga yang terendah adalah pilihan terbaik. Anda perlu mempertimbangkan nilai dan keupayaan untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi anda. Jaring Digital adalah salah satu pilihan terbaik syarikat pembangunan laman web yang menawarkan nilai yang baik!
The information contained on this website is for general information purposes only. We endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.
© Copyright 2024 Jaring Digital Network (NS0256757-K). All Right Reserved.