Blog Jaring Digital

Website Design, Web Development, Online Marketing, Tips & Trick

11 Kelebihan Memiliki Laman Web Sendiri Yang Tak Ramai Tahu

11 Kelebihan Miliki Laman Web Sendiri Yang Tak Ramai Tahu

Ketahui 11 kelebihan miliki laman web sendiri yang ramai usahawan tidak tahu.

Di zaman teknologi dihujung jari kini, ramai usahawan telah beralih ke perniagaan online namun masih ramai yang tidak mempunyai laman web sendiri dan hanya tertumpu di media sosial sahaja.

Kelebihan Miliki Laman Web Sendiri

Adakah anda mempunyai produk untuk dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan tetapi tidak mempunyai laman web sendiri?

Jika jawapannya YA, ini samalah seperti perniagaan anda tidak wujud. Mengapa anda fikir orang melayari internet dan melawat laman web?

Jawapannya adalah untuk mencari maklumat dengan lebih mudah dan pantas. Sekiranya anda menjalankan perniagaan, maklumat adalah amat penting. Sebab itu anda perlu mempunyai laman web dan laman web anda mesti mengandungi tentang apa yang anda boleh lakukan untuk pelawat laman web anda.

Di bawah ini adalah beberapa kelebihan miliki laman web sendiri untuk perniagaan anda berbanding hanya bergantung kepada media sosial untuk menjalankan perniagaan atas talian.

1. Akses Kepada Pelawat

Dengan adanya perkhidmatan internet bermaksud laman web anda boleh dilawati pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ini samalah seperti anda memiliki kedai dan kedai anda terbuka sepanjang masa dan pelanggan boleh masuk ke kedai anda pada bila-bila masa, siang atau malam.

Orang akan lebih suka melawat laman web anda kerana ia lebih mudah, cuma pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap dan memenuhi apa yang pelawat ingin tahu.

2. Akses Kepada Maklumat

Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web sendiri anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di laman web anda dengan menggunakan tools Google Analytics?

Dengan Google Analytics anda boleh mendapatkan maklumat yang memberitahu anda berapa ramai orang yang telah dan sedang melawat laman web anda. Anda juga boleh lihat kemajuan laman web anda dengan melihat kepada statistik laman web dan semua halaman-halamannya.

Yang paling bagus, anda boleh tahu apakah keyword yang pengguna internet cari yang berkaitan dengan perniagaan anda yang boleh digunakan untuk pengiklanan serta anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada bahan bercetak.

3. Kemudahan Pelanggan

Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan anda tidak perlu melawat anda di premis perniagaan fizikal anda, hanya perlu lawati laman web anda.

4. Meningkatkan Pelanggan

Anda mungkin popular dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan perniagaan anda, tetapi bagaimana pula dengan pelanggan atau yang berpotensi menjadi pelanggan anda yang berada luar dari kawasan perniagaan anda.

Dengan adanya laman web sendiri, anda mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Internet merupakan sebuah komuniti global, dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dapat dilihat di seluruh dunia.

5. Pengiklanan

Terdapat banyak cara untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda melalui internet, memiliki laman web sendiri merupakan salah satu caranya dan ianya mesra alam. SEO sesebuah laman web mestilah bagus untuk promosi yang lebih baik. Jika anda sudah maju atau mempunyai peruntukan kewangan lebih, anda boleh cuba iklan melalui Facebook, TikTok atau Google.

6. Lebih Murah

Perbelanjaan pengiklanan adalah mahal, terutamanya jika diiklankan melalui media cetak, radio, televisyen atau iklan berbayar di internet. Mempunyai laman web sendiri adalah cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan adanya laman web dan disertai dengan teknik pemasaran yang betul, promosi anda akan berjalan dengan jayanya dengan kos yang lebih rendah.

7. Pautan

Pautan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk pemasaran viral. Jika terdapat banyak laman web yang menghubungkan kepada laman web anda, ini samalah seperti anda menyebarkan berita didalam laman web anda dengan lebih meluas lagi.

Jika anda mempunyai laman web yang baik dengan isi kandungan yang baik yang yang dicari di internet, orang akan lebih cenderung untuk menghubungkan laman web anda kepada mereka. Ini bermakna pelawat laman web mereka juga terdedah kepada pautan yang menghubungkan mereka kepada laman web anda.

8. Meningkatkan Jualan

Laman web yang bagus dan selalu dikemas kini akan membawa pelawat yang lebih ramai. Pelawat yang ramai pula akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil.

9. Hubungan Yang Lebih Baik Dengan Pelanggan

Dengan mempunyai laman web anda sendiri, anda boleh membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. Anda boleh menghantar mesej dengan serta-merta kepada pelanggan anda melalui sistem e-mel yang ada, malahan jika laman web anda mempunyai sistem opt-in, anda boleh menghantar mesej melalui sistem blast yang ada diruang admin.

Sistem maklum balas dalam talian adalah terbaik antara pelanggan dan anda. Selain membina hubungan yang baik dengan pelanggan, anda juga boleh memberikan mereka lebih banyak info mengenai perniagaan dan projek terkini anda melalui mesej atau e-mel.

10. Pelanggan Jangka Panjang

Anda ada laman web, maka anda akan ada pelawat dan pelanggan. Pelawat adalah orang yang singgah datang melihat laman web anda, manakala pelanggan adalah pelawat yang bertukar menjadi pembeli dilaman web anda.

Bayangkan pelanggan ini menjadi pelanggan tetap anda, sentiasa membeli pada selang masa yang tertentu. Mempunyai laman web anda sendiri memberikan anda peluang untuk mendapat lebih banyak pelanggan atau pelanggan tetap yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.

11. Peluang Membuktikan Kredibiliti

Sebuah laman web dapat memberikan anda peluang untuk membuktikan kredibiliti anda kepada orang ramai. Anda perlu memberitahu pelanggan anda mengapa anda layak mendapat kepercayaan mereka melalui laman web anda.

Dengan cara ini anda boleh mendapat maklum balas positif untuk perkhidmatan atau produk anda. Laman web anda juga boleh menjadi satu tempat untuk pelabur yang berpotensi untuk bergabung dengan anda untuk menjalankan perniagaan secara usaha sama.

Pemilik perniagaan yang bijak akan juga membina laman blog untuk syarikat mereka. Mempunyai blog untuk menghantar kandungan terkini akan memastikan laman web anda menarik dan segar. Disamping itu laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain yang sepertinya adalah penting untuk pemasaran laman web anda.

Kesimpulan

Memang banyak kelebihan miliki laman web kepada usahawan berbanding usahawan yang hanya menumpukan perniagaan di media sosial sahaja. Jika anda ada laman web sendiri sebenarnya anda lebih maju setapak berbanding pesaing-pesaing anda. Pelanggan juga lebih mudah untuk menemui perniagaan anda.

Jika anda inginkan perniagaan anda berkembang lebih jauh dan memudahkan pelanggan menemui perniagaan anda, miliki laman web anda hari ini.

kelebihan ada laman weblaman web

0 komen

Kami tidak bertanggungjawab ke atas ulasan yang disiarkan dan ia adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik ulasan tersebut. Anda dilarang menulis komen yang bersifat spam, kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama membuat komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Anda nak buat website...?

Hubungi kami sekarang untuk kami bantu anda.

The information contained on this website is for general information purposes only. We endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorised service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

© Copyright 2024 Jaring Digital Network (NS0256757-K). All Right Reserved.