Ramai yang sebenarnya tidak sedar betapa pentingnya website terutamanya untuk usahawan yang sedang memerlukan platform online untuk mempromosikan produk mereka.
Ramai usahawan kini lebih suka menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter untuk menarik pelanggan membeli produk mereka berbanding memiliki website sendiri.
4 Sebab Utama Website Penting Untuk Perniagaan
Tiada masalah sebenarnya untuk menggunakan platform media sosial namun tidak semua fungsi pada media sosial tersebut betul-betul membantu perniagaan anda dan anda juga perlu bersedia sekiranya akaun media sosial anda dipadam atau dinyahaktifkan kerana anda sebenarnya hanya menumpang di platform tersebut.
Sebenarnya lebih efektif sekiranya anda memiliki website sendiri dan anda menggunakan trafik dari platform tersebut dan bawa ke website anda sendiri. Zaman sekarang prospek lebih suka untuk mencari maklumat di Internet, tanpa website bisnes anda tidak akan wujud!
Berikut merupakan 4 sebab utama anda memerlukan website untuk upgrade bisnes anda.
1. Branding
Branding atau penjenamaan sangat penting untuk reputasi bisnes anda. Bagaimanakah website boleh membantu branding perniagaan anda?
Website berperanan sebagai platform informasi produk dan bisnes anda. Sekiranya bisnes anda masih baru, semestinya anda mahu memberi sebanyak mungkin maklumat mengenai bisnes yang dijalankan dan produk yang dijual supaya dapat mendidik pelanggan anda.
Melalui website, anda boleh memaparkan lebih banyak maklumat mengenai produk, gambar yang lebih jelas serta review produk dari pelanggan anda. Dengan adanya website sendiri, anda boleh buat content untuk blog, newsletter, kedai online dan mencuba pelbagai teknik jualan secara online.
2. Medium Pemasaran
Seperti yang sedia maklum, pemasaran sangat penting. Ia menjadi tulang belakang bagi kemajuan sesebuah syarikat atau bisnes. Tanpa teknik pemasaran yang berkesan dan up-to-date, ini akan menyebabkan kerugian dan risiko untuk ‘gulung tikar’ adalah tinggi.
Jika anda ada bisnes, anda boleh menjadikan laman web sebagai medium untuk melakukan pemasaran. Terdapat banyak cara untuk membuat pemasaran melalui website. Kebanyakkan nya adalah buat iklan secara online menggunakan platform tertentu.
Pada laman web boleh diletakkan cara untuk menghubungi anda. Bagi para pelanggan yang mungkin ada sebarang pertanyaan boleh terus bertanya. Pelbagai saluran untuk memudahkan perhubungan ini. Antaranya adalah email, telefon, whatsapp dan direct live chat terus dari laman web anda.
Kebiasaannya para pelanggan gemar untuk bertanya sebelum membeli. Ada juga yang bertanya untuk mendapatkan keyakinan untuk membeli. Selain itu adalah untuk memastikan yang anda bukanlah ‘scam’ atau penipu. Jadi perlu layan setiap pertanyaan dengan baik.
3. Design
Antara faktor yang mampu meningkatkan sales adalah design yang menarik. Memang lumrah manusia akan sukakan sesuatu yang cantik. Jika kedai anda disusun dengan kemas dan teratur, ini akan menambahkan potensi pelanggan untuk membeli.
Bagi mengekalkan design yang up-to-date dan menarik bukan lah suatu yang mudah. Terutamanya untuk sebuah kedai. Ia memerlukan ramai pekerja untuk mengubah susun atur. Ia juga akan melibatkan kontraktor jika perlu untuk mengubahsuai bahagian kedai.
Yang paling penting sekali, decoration dan design perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi. Bak kata orang kalau nak cantik kena bayar lebih la kan. Tetapi tidak bagi sesebuah website. Anda boleh mengubah susunan, design dan layout dengan mudah.
Anda juga boleh mengikut trend terkini design laman web untuk memberi lebih impak kepada jualan anda. Kos untuk mengubahsuai juga tak tinggi.
3. Waktu Operasi
Waktu operasi sesebuah website tiada had nya, kedai online anda boleh beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Anda tidak perlu membayar bil untuk menjalankan kedai online, beruntung bukan? Selain itu, dengan website anda boleh meluaskan prospek anda
Selain menjaga hubungan dengan pelanggan, melalui website juga pelanggan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan anda. Feature seperti livechat banyak digunakan seller online untuk memaksimumkan jualan di website. Live chat dapat mengurangkan risiko ‘bounce rate’ dan cart abandonment oleh pelanggan kerana live chat membenarkan pelanggan untuk berkomunikasi dengan anda secara langsung.
4. Kos
Website adalah platform paling selamat dan murah untuk anda mempromosikan produk anda. Murah sangat ke? Untuk permulaan anda perlu membeli domain dan hosting untuk melancarkan website anda. Sekiranya anda inginkan website yang professional dan murah anda perlu pertimbangkan khidmat dari Exabytes.
Apa yang dimaksudkan dengan kos yang rendah ialah sekiranya anda usahawan yang baru bermula, sejujurnya banyak kos yang perlu dikeluarkan, bukan? Dengan website anda tak perlu mengupah pekerja untuk close pelanggan anda atau menyewa lot kedai untuk mula berniaga. Dengan website capaian pelanggan anda juga tidak terhad.
Antara perkara yang paling penting ialah kos iklan. Saban tahun kos iklan (Facebook/Instagram) semakin meningkat dan ROAS anda mungkin menaik dan mungkin menurun, anda dah ada backup plan untuk hadapi situasi tersebut?
Untuk pengetahuan anda SEO merupakan teknik pemasaran organik dan percuma yang boleh anda cuba sekiranya anda memiliki website. SEO memerlukan masa dan kesabaran untuk dilaksanakan namun dengan menggunakan keyword ketika menyediakan konten kebarangkalian untuk mendapat audiens yang di sasarkan juga tinggi. Berkemungkinan besar audiens anda akan bertukar menjadi pelanggan anda juga tinggi.
0 komen
Kami tidak bertanggungjawab ke atas ulasan yang disiarkan dan ia adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik ulasan tersebut. Anda dilarang menulis komen yang bersifat spam, kesat, menyakitkan hati, di luar topik dan perkara yang melanggar undang-undang.